Setiap pelajar hendaklah sentiasa mematuhi sepenuhnya
peraturan berpakaian ke kuliah. Cara berpakaian mencerminkan keperibadian
seseorang. Berpakaian smart dan bergaya bukanlah kesukaan setiap lelaki.
Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut 'sempoi'.
Tetapi dalam keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting
untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja, ke
kuliah atau menghadiri majlis yang berprofil sederhana atau tinggi. Walau bagaimanapun,
pelajar-pelajar lelaki sering kali dikaitkan dengan permasalahan berpakaian
ketika menghadiri kuliah. Ada di antaranya berpakaian seolah-olah hendak ke 'shopping mall', lepak-lepak santai dan terdapat
juga yang berpakaian ikut cukup syarat sahaja.
Pelajar lelaki
akan kelihatan agak kemas dan berketerampilan sedikit jika mereka ingin membuat
pembentangan kuliah. Ada juga segelintir yang tidak mengendah akan hal ini,
walaupun cara berpakaian diambil kira dan mempunyai markah. Berikut adalah peraturan berpakaian bagi
pelajar lelaki ke kuliah seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak UTM:
a. Setiap pelajar dikehendaki memakai pakaian yang bersih
dan kemas sepanjang masa berada di dalam kampus.
b. Elakkan daripada berpakaian tidak sopan dan yang
terlalu mendedahkan tubuh atau menjolok mata di khalayak ramai seperti berskirt
di atas paras lutut, berseluar atau berskirt ketat, berbaju tanpa lengan.
c. Pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja ‘T’ tidak
berkolar, seluar ‘jeans’ atau selipar sewaktu menghadiri kuliah, tutorial atau
pun apa-apa aktiviti berbentuk akademik dan urusan rasmi kecuali sukan.
d. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup
muka.
e. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai
wanita dan pelajar wanita tidak dibenarkan berpakaian menyerupai lelaki.
f. Semua pelajar yang berada di makmal atau semasa
membuat amali mestilah mematuhi peraturan pakaian yang dikeluarkan oleh
fakulti.
-Cara
Berpakaian Pelajar Lelaki UTM SPACE Ketika Sesi Pembentangan PSM II-
Disediakan oleh : Nor Adilla Mohamad Ghazali (SX091643BCJ04)
How about girls ? Should we wear baju kurung everyday ? Ohh theres other option than baju kurung ?
ReplyDelete