Tuesday, 25 August 2015

Fashion Review Pelajar Lelaki ke Kelas: Awal Ashaari versi UTMSPACE

First impression. Ya, pakaian merupakan first impression ketika berhadapan dengan individu yang baru pertama kali ditemui atau individu yang telah lama dikenali. Justeru, fesyen yang digayakan menjadi idea pertama yang sering mempengaruhi tanggapan pertama (first impression) terhadap individu tersebut. Pasaran fesyen pada hari ini menawarkan pelbagai inspirasi untuk digayakan oleh individu yang menyukainya, tidak kira lelaki atau wanita. Anda hanya perlu bijak dalam mengenakan fesyen mengikut kesesuaian tubuh masing-masing.

Di UTMSPACE, pola pemakaian pelajar lelaki turut menterjemah bidang pengajian, usia, status perkahwinan dan kerjaya mereka. Setiap satu faktor dilihat mempengaruhi seseorang lelaki dalam menentukan fesyen ke UTMSPACE.

Raja Izwan, 28 tahun merupakan pelajar Pembangunan Sumber Manusia. Sesuai dengan salah satu faktor demografi dirinya iaitu belum mempunyai komitmen terhadap rumah tangga, fesyen beliau ke UTMSPACE jelas mewakili status tersebut. Dalam konteks berpenampilan kemas iaitu mengenakan tshirt berkolar dengan saiz yang bersesuaian dengan tubuh badan, seluar jeans straight cut serta berkasut membuatkan Raja Izwan persis Awal Ashaari versi UTMSPACE.

Raja Izwan (paling kiri) bersama rakan sekelas dengan kepelbagaian penampilan

Untuk hari-hari penting seperti hari pembentangan tugasan pula, Raja Izwan memilih kemeja lengan panjang dengan pilihan warna yang lebih kontemporari, digayakan dengan seluar jeans atau khakis yang bersesuaian dengan bentuk tubuh badannya, juga blazer berwarna gelap sebagai aksesori yang sinonim untuk membuat pembentangan. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau adalah figura yang akan menjadi tarikan anak mata setelah mata anda jemu memerhati barisan gadis manis dalam kumpulan pembentangan tersebut.

Raja Izwan (dua dari kanan) bersama ahli kumpulan untuk pembentangan tugasan

Ringkasnya, pelajar lelaki UTMSPACE tidak terkecuali untuk kelihatan bergaya dengan fesyen terkini selagi tidak melanggar etika berpakaian yang ditetapkan oleh UTM. Sesuai dengan petikan yang dipetik dari pereka fesyen terkenal, Gianni Versace:

“Don’t make fashion own you, but you decide what you are, what you want to express by the way you dress and the way to live”

NOOR FAIZAH BINTI IBRAHIM (SX110911HRS04)

No comments:

Post a Comment