Trend pemakaian pelajar SPACE KL.
Gaya pemakaian melambangkan keperibadian seseorang. kebanyakan pelajar separuh masa di UTM SPACE Kuala Lumpur lebih cenderung dengan gaya pemakaian yang "simple" nampak biasa dan ranggi. Tidak mengira jantina samada pelajar lelaki atau perempuan, kebanyakan mereka hanya memakai T-shirt dan seluar jeans.
Seperti gambar diatas, ia diambil dalam satu ujian rasmi, jika dilihat pada kebanyakan pelajar, mereka hanya memakai T-shirt, seluar jeans dan hanya memakai selipar atau sandal. Kebanyakan mereka memilih untuk menggayakan cara pemakaian yang kelihatan "simple" ini adalah kerana ia lebih selesa dan tidak perlu digosok sebelum dipakai. Dalam proses pembelajaran yang berkesan, keselesaan adalah salah satu faktor utama untuk membuatkan pelajar lebih fokus untuk menerima.
Jika dilihat pada aturan gaya pemakaian pelajar UTM, gaya pemakaian pelajar separuh masa kebanyakanya tidak mengikut aturan yang telah ditetapkabn oleh pihak Universiti. Selain itu, pelajar separuh masa juga lebih kelihatan lebih selesa dengan gaya pemakaian mereka berbanding jika mereka memakai pakaian mengikut kehendak pihak Universiti.
Kesimpulanya, gaya pemakaian adalah hak individu pemakai. selagi ia tidak melampaui batas, ia masih boleh digayakan untuk menghadiri kuliah. Jika pakaian itu kemas,ia akan dipandang positif oleh orang ramai, dan jika pakaian itu tidak terurus, kebiasaanya akan dipandang negatif oleh orang ramai.
Disediakan oleh : Khairul Ajwad Bin Abu Bakar Samad (SX120923MMS04)


No comments:
Post a Comment