Kebanyakkan
lelaki bekerjaya yang bergelar pelajar separuh masa sama ada dalam bidang
diploma atau ijazah merupakan pelajar di
UTMSpace. Hal ini kerana UtmSpace merupakan salah satu pusat pengajian separuh
masa yang menawarkan pembelajaran atau kelas pada hujung minggu. Oleh itu,
etika bepakaian tidak menjadi keutamaan buat para pelajar. Pelbagai “trend” dan
fesyen boleh di lihat di UTMSpace Kuala Lumpur, terutamanya pelajar lelaki.
Contoh
pelajar lelaki UTMSpace (1)
Merujuk
gambar di atas, mahasiswa di UTMSpace diberi kebebasan dalam berpakaian. Mereka
tidak terikat dengan etika berpakaian seperti pelajar sepenuh masa. Oleh itu,
para pelajar lebih gemar untuk memakai selipar “jepun” dan baju tidak berkolar.
Contoh
pelajar lelaki UTMSpace (2)
Majoriti
pelajar akan memilih pakaian secara “casual” ke kelas. Ini memang tidak dapat dinafikan
kerana pelajar lebih selesa untuk berpakaian sebegini. Pelajar hanya akan
memakai pakaian secara formal apabila perlu, contohnya; ketika “interview”,
“presentation” dan arahan dari pensyarah. Perkara ini tidak dapat dielakkan
kerana pelajar telah cukup dewasa dan matang untuk bertindak. Pemakaian pelajar
lelaki di UTMSpace ini tidaklah mencolok mata dan seksi. Secara keseluruhannya
pemakaian mereka sopan dan kemas.
'Fashion is
not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the
street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening.' - Coco Chanel
Disediakan oleh:
Nadia
Nadzira Binti Mokhtar
SX121079EES04


No comments:
Post a Comment