Daripada pemerhatian saya sebagai pelajar UTM Space, dapat diperhatikan gaya pemakaian pelajar lelaki UTM Space (Separuh Masa) lebih diberikan kebebasan. Kebanyakan pelajar berpakaian secara santai dan simple. Mereka lebih senang menggayakan gaya penampilan yang mudah seperti berpakaian T-Shirt, berseluar Jean dan cuma berselipar. Berbanding pemakaian kita di peringkat sekolah yang lebih terikat dengan uniform tertentu.
Melalui gaya pemakaian pelajar lelaki UTM Space, adakalanya kita dapat mengagak jurusan pelajar berkenaan. Adakalanya pemakaian pelajar UTM Space ini dipengaruhi juga oleh bidang pekerjaan mereka. Pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang banyak terlibat dengan kerja lapangan dan makmal dilihat berpakaian lebih santai.
Pemakaian pelajar kejuteraan
Manakala pelajar jurusan Pengurusan, Pemasaran , Sains Sosial , pendidikan dan aliran seni dikatakan sebagai kelompok yang paling trendy dan bergaya. Mereka berani menggayakan fesyen dan aksesori yang lain dari lain seperti blazer, kot dan berbaju kemeja. Pemakaian mereka nampak lebih kemas dan formal. Mungkin kerana pembawakan bidang mereka yang sememangnya formal.
Sumber : Google
Walaupun diberi kebebasan dalam berpakaian, setiap pelajar wajib mematuhi kod etika pemakaian dalam kampus seperti yang ditetapkan oleh Universiti. Di UTM Space, kod etika ini perlu dipraktikkan kepada semua pelajar. Apabila pelajar berpakaian santai dan tidak memakai kad matrik, hal ini seolah-olah tidak menggambarkan pengenalan sebagai seorang pelajar IPTA. Ini seolah-olah mencerminkan kredibiliti IPTA.
Kesimpulannya, setiap pelajar hendaklah berpakaian bersih, kemas, sopan dan sesuai mengikut keadaan dan etika bagi membiasakan pelajar dengan tabiat berpakaian mengikut profesion.
Sumber : Google
DISEDIAKAN OLEH :
NOR NAJIBAH BINTI KHALID
SX095581HRD04


No comments:
Post a Comment