Mengenai fesyen lelaki,pasti
banyak perkara yang boleh dibincangkan.Pada kali ini,saya akan mebincangkan
mengenai etika berpakaian pelajar lelaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
untuk ke kelas dari segi pakaian dan kasut.UTM telah menyediakan kod etika
berpakaian pelajar semasa berasa di dalam kawasan universiti,tetapi tidak semua
pelajar mengikut kod etika itu terutamanya pelajar lelaki.Sebagai seorang
pelajar,mereka perlu berpakaian kemas kerana itu akan menjaga nama baik UTM
ketika berada didalam kawasan universiti. Lelaki adalah paling simple untuk
berpakaian.Lelaki dan fesyen sangat simple dan tidak seperti wanita.Jika
dilihat fesyen lelaki ke kuliah atau semasa berada di pengajian Institusi
Pengajian Tinggi ianya amat berbeza sekali dengan wanita yang kadang-kadang
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan diri.Cara pelajar lelaki berpakaian
di Institusi Pengajian Tinggi diberi kebebasan dan mereka tidak terikat dengan uniform khas yang
telah dilaksanakan semasa sekolah menengah atau rendah,tetapi mereka masih
perlu mengikut etika berpakaian yang bersesuaian untuk ke kelas.
1.Pakaian
Gambar diatas bukanlah etika pemakaian yang sepatutnya semasa menghadiri kuliah.T-shirt yang tidak berkolar akan kelihatan tidak kemas.
Gambar diatas bukanlah etika pemakaian yang sepatutnya semasa menghadiri kuliah.T-shirt yang tidak berkolar akan kelihatan tidak kemas.
Gambar diatas adalah kod etika
pemakaian sebenar ke kuliah.Berkemeja,berseluar hitam dan kemas. Di Institusi
Pengajian Tinggi,lelaki mempunyai cara yang berbeza dari segi
penampilan.Terdapat kebaikan dan keburukan dari segi penampilan seorang lelaki.Beberapa
pelajar lelaki lebih gemar menghadiri kelas dengan hanya memakai t-shirt yang
tidak berkolar dan jeans.
2.Kasut
Kebanyakan pelajar lelaki ke
kualiah mereka lebih gemar untuk memakai selipar kerana ianya mudah untuk
ditanggalkan.Tetapi mengikut piawaian etika pemakaian ianya salah.Pelajar
lelaki perlu memakai kasut bertutup supaya ianya nampak kemas dan melambangkan
seorang pelajar universiti.



No comments:
Post a Comment