Fesyen ialah istilah yang merujuk
kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya. Fesyen juga mengikut
keadaan sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat. Daripada pemerhatian
saya pelajar memakai pakaian yang menepati syarak dan juga mengetahui tahap
kefahaman pelajar wanita Islam mengenai tuntutan menutup aurat.
Kebanyakan pelajar mengenakan
fesyen mengikut jurusan pembelajaran mereka yang sesuai dengan keadaan dan tempat.
Sebagai contohnya pelajar berpakaian formal, bertali leher, kasut bertutup dan
berseluar “slack”. Walaubagaimanapun terdapat kelonggaran ketika berada di perpustakaan
dimana pelajar boleh memakai kemeja tanpa tali leher atau baju-T berkolar di
waktu pejabat.
Fesyen utama yang paling digemari
oleh banyak remaja Melayu adalah fesyen yang ringkas, kelihatan tahan lasak,
cantik, menarik. Fesyen ini terdiri daripada pelbagai jenis dan ketegori. Ianya
tidak hanya fesyen dari segi pakaian, tetapi juga dari segi dandanan
rambut,kasut, beg duit, aksesori fesyen dan lain-lain lagi. Fesyen juga adalah
sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman.
DISEDIAKAN OLEH,
KHAIRUL ANAM BIN MOHD YUNUS
SX120924MMS04

No comments:
Post a Comment