Cara berpakaian di institusi pendidikan tinggi (UTM
space) sememangnya berbeza ketika berada di alam persekolahan. Jika di sekolah
semua pelajar terikat dengan uniform khas tetapi di UTM space pelajar diberi kebebasan
dalam berpakaian. Walaupun begitu, kebebasan berpakaian bukanlah alasan untuk
pelajar UTM space melanggar etika berpakaian ketika hadir ke kelas atau kuliah.
Etika berpakaian merujuk kepada berpakaian yang bersesuaian dengan majlis,
acara dan tempat. Jika di UTM space, sebilangan pelajar-pelajar lelaki
gemar hadir ke kelas hanya memakai selipar ‘jepun’ dan baju tidak berkolar
sehingga di tegur sinis oleh pensyarah. Sebilangan pelajar perempuannya pula,
suka mengenakan selendang tipis, berpakaian ketat penuh warna-warni dan
kerlipan serta solekan tebal.
Etika berpakaian yang betul di kalangan pelajar
lelaki di UTM space adalah penting kerana ia mencerminkan kecemerlangan
sesebuah IPT itu. Kita semestinya sedih apabila melihat cara berpakaian pelajar
IPT ke kelas ibarat mahu berlumba-lumba membuat pertunjukan fesyen. Malah tidak
kurang, ada juga yang kelihatan selekeh sehingga membuatkan kita mengeluh.
Kesimpulannya, Perlu diingatkan kepada pelajar
lelaki di UTM space bahawa mereka adalah golongan yang berpendidikan tinggi.
Maka penampilan diri terutama aspek berpakaian harus dipandang penting. Imej
sebagai penuntut UTM space harus dijaga supaya dapat menjaga dan memartabatkan UTM space.
disediakan oleh : hanafi bin abdul samat (SX121208EES04)

No comments:
Post a Comment