Friday, 21 August 2015




PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI DI UTM SPACE-KL


Penampilan adalah perkara yang paling asas perlu diberi perhatian oleh semua orang tidak kira lelaki atau perempuan. Penampilan sangat penting kerana melambangkan tahap keyakinan individu tersebut. Kaum lelaki pada masa kini juga sangat mementingkan penampilan diri mereka. Lelaki sekarang juga mempunyai cita rasa yang cukup baik dalam bidang fesyen selari dengan perubahan zaman. Perkembangan fesyen semasa bagi kaum lelaki juga semakin berkembang maju dan menjadikan mereka semakin pandai bergaya.

Lelaki pada zaman ini juga gemar untuk berfesyen. Tidak menjadi suatu kesalahan untuk berpakaian selari dengan fesyen namur biarlah kelihatan sopan dan bersesuaian dengan sahsiah seorang pelajar. Tujuan belajar adalah bukan untuk menonjolkan diri, menarik perhatian orang lain tetapi tujuan kita adalah untuk menuntut ilmu.

Pelajar lelaki di UTM Space lebih gemar untuk menggayakan suatu yang ringkas dengan stail yang minimal.  Mereka lebih gemar memakai t-shirt dan berseluar jeans. Baju t-shirt dengan lelaki tidak boleh dipisahkan kerana mudah untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja terutamanya bagi negara yang beriklim panas seperti Malaysia.   Baju t-shirt juga amat mudah untuk dipadankan dengan jeans dan kasut atau selipar.  Seluar jeans pula sangat selesa untuk dipakai kerana kelihatan lebih santai dan kasual.

Kesimpulannya, cara berpakaian adalah terpulang kepada keselesaan dan cita rasa seseorang individu itu.  

oleh : Mohamad Amir Bin Muslim, SX106169KKD04.

No comments:

Post a Comment