Monday, 31 August 2015

“ TREND PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI DI UTM SPACE “

Di UTMSPACE, pola pemakaian pelajar lelaki turut menterjemah bidang pengajian, usia, status perkahwinan dan kerjaya mereka. Setiap satu faktor dilihat mempengaruhi seseorang lelaki dalam menentukan fesyen ke UTMSPACE.
Jika dilihat pada aturan gaya pemakaian pelajar UTM, gaya pemakaian pelajar separuh masa kebanyakanya tidak mengikut aturan yang telah ditetapkabn oleh pihak Universiti. Selain itu, pelajar separuh masa juga lebih kelihatan lebih selesa dengan gaya pemakaian mereka berbanding jika mereka memakai pakaian mengikut kehendak pihak Universiti.

 

Jika kita lihat, corak pemakaian pelajar lelaki separuh masa bagi Utm Space lebih kepada gaya santai & simple. Mereka lebih gemar menggayakan T-shirt berkolar & seluar jean ketika menghadiri sesi kuliah pada hujung minggu. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan cara pemakaian / fesyen diantara mereka ini mungkin disebabkan faktor latar belakang pekerjaan / latar belakang kehidupan mereka dan faktor kewangan.
Secara amnya, cara pemakaian adalah penting bagi setiap orang baik sebagai seorang pelajar mahupun sebagai seorang pekerja. Ini kerana dari pemakaian / keterampilan kita seseorang akan dapat menilai kita baik dari segi perwatakan mahupun cara pembawakan diri. Sering kali kita dengar ungkapan “dont judge a book by its cover” tetapi secara kita tidak sedar kebanyakan orang menilai dari luaran terutamanya dari segi penampilan untuk mengetahui sifat peribadi seseorang.
Disini saya ingin menyimpulkan, penampilan adalah penting kerana ianya merupakan cermin utama bagi kita. Terutamanya sebagai seorang pelajar kita perlulah sentiasa menjaga keterampilan diri baik bagi pelajar sepenuh masa mahupun separuh masa. 

Muslimah Binti Mustari
SX123194MMF04

No comments:

Post a Comment