Pakaian merupakan alat
penting dalam kehidupan harian seseorang individu. Pakaian memainkan peranan
yang sangat penting di dalam menentukan keperibadian seseorang individu. Hanya
dengan melihat cara seseorang itu berpakaian kita boleh meletakkan nilai kepada
individu yang dipandang dan pandang pertama pula pada biasanya kekal lama dalam
ingatan. Pakaian boleh dijadikan asas kejayaan bagi seseorang jika ia
mengetahui konsep berpakaian, pandai memadankan warna, tahu mengenakan pakaian
yang tidak keterlaluan dan kena pada tempat dan masanya
Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil
kombinasi perwatakan, pemikiran dan etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan.
Penterjemahan imej ini menunjukkan etika dan keterampulan seseorang warga UTM
Space dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di kampus. Cara berpakaian dan
penampilan yang ditunjukkan akan memberi kesan dalam menentukan sejauh mana
keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme
Atas dasar itu, imej
adalah berkait rapat dengan tanggapan dan persepsi ke atas seseorang individu
tersebut. Oleh yang demikian, bagi mengayakan pakaian, seseorang itu harus
menitikberatkan pertimbangan berikut iaitu:-
a) Mengenali bentuk
badan;
b) Potongan dan kombinasi warna pakaian yang dipilih
c) Kesesuaian jenis
pakaian dan aksesori.
Bagi kajian kes di atas, pelajar UTM space yang dipilih
bernama Ismail Noor yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Komputer (
Kejuruteraan Perisian). Beliau memakai baju kemeja yang berlengan panjang dan
mempunyai tona warna yang tidak terlalu berlebihan. Corak warna asas putih dan
dilengkapi dengan sedikit warna tambahan biru dan kelabu. Jam tangan yang digunakan mempunyai rekabentuk
dan warna yang bersesuai dengan suasana di kampus. Kasut yang dipakai mestilah
berserta stokin, dan kasut yang digunakan juga berwarna gelap.Seluar jeans yang
dipakai adalah bersesuaian dengan baju yang dikenakan kerana mempunyai
persamaan warna. Beg sandang dan kabel Vga menunjukkan bahawa beliau seorang
pelajar jurusan komputer.
- MUHAMMAD BIN RAMLI SX110350CVS04 -

No comments:
Post a Comment