Thursday, 27 August 2015

Ulasan Fesyen : Pakaian Mahasiswa Lelaki UTMSPACE Kuala Lumpur ke Kuliah.

"Cita-cita saya nak jadi rockstar. Orang tua nak saya jadi engineer. So, saya selalu bergaya rockstar untuk ke kuliah" - Asyraf.



Pemakaian mahasiswa untuk menghadiri kuliah di UTMSPACE mestilah sentiasa mengikut Kod Etika Berpakaian yang telah ditetapkan oleh universiti. Antara lain, mahasiswa hendaklah sentiasa berpakain kemas, sopan tidak menjolok mata ketika menghadiri kuliah.

Walaubagaimanapun, kod etika berpakaian yang telah digariskan oleh pihak universiti tidak menghalang mahasiswa daripada memperagakan fesyen yang mereka gemari ketika mereka menghadiri kuliah. Bagi mahasiswa lelaki seperti di dalam gambar di atas, jeans yang sedikit lusuh dan berpoket di tepi dikenakan dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih. Kameja tersebut dibiarkan lepas ke luar. Untuk kaki pula, beliau telah memilih untuk memakai kasut ringkas jenis sarung tanpa tali. Kasut yang biasanya dari jenama Vans, Ben Shermen atau Fred Perry itu memudahkan mahasiswa tersebut mengunjungi surau untuk bersolat kerana kasut tersebut adalah ringkas dan mudah untuk ditanggal dan dipakai semula.

Secara keseluruhannya, fesyen yang diragakan oleh mahasiswa ini dapat menyatakan ‘statement’ si pemakainya, ringkas dan mudah, bersesuaian untuk menimba ilmu disamping masih lagi kelihatan kemas, sopan dan mematuhi kod etika berpakaian universiti.



Disediakan oleh : Muhammad Faad bin Tamat (SX112885MMF04)

No comments:

Post a Comment