FASION REVIEW PRLAJAR LELAKI UTM SPACE
Setiap
individu mempunyai cita rasa yang tersendiri lebih-lebih lagi berkenaan dengan pemilihan
pemakaian. Penampilan adalah perkara yang paling asas perlu diberi perhatian dalam menghadapi kehidupan seharian. Penampilan juga merupakan kunci utama kepada tahap keyakinan. Pelajar lelaki di UTM space juga tidak terkecuali daripada peredaran tren
fesyen terkini. Pemilihan pakaian pelajar lelaki di UTM space boleh dikategorikan
kepada beberapa aspek.
Pertama
adalah pemilihan baju, sebagai seorang penuntut ilmu di sesebuah Universiti, Shirt
merupakan pemilihan terbaik untuk digayakan. Ia kelihatan kemas malah lebih
selesa untuk pelbagai situasi dan cuaca.
Kedua
pemilihan seluar, sekali lagi pemilihan seluar yang selesa dan kemas dititik
beratkan oleh setiap pelajar lelaki di UTM Space. Mudah digunakan, tidak
terlampau longgar atau ketat dan ia adalah seluar panjang.
Sudah tentu bagi
lebih menampakkan kekemasan dan untuk mempamerkan kesegakan sebagai seorang pelajar separuh
masa adalah pamakaian kasut. Pelajar lelaki lebih gemar memakai kasut sukan
kerana ia nampak kemas dan melambangkan personaliti pelajar yang baik.
Kesimpulannya,
pelajar lelaki di UTM space lebih mementingkan keselesaan dalam berfesyen.
Asalkan ia memudahkan, kemas dan selesa telah mencukupi bagi mereka.
Mohd Nor Ozaimi
SX121073EES04







No comments:
Post a Comment