Monday, 31 August 2015
ETIKA PEMAKAIAN LELAKI PELAJAR UTMSPACE
Pakaian dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.
Hal ini membawa kepada etika pemakaian seorang pelajar Universiti haruslah sopan dan mengikut etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Memandangkan pelajar UTM Space kebanyakannya dalah pelajar separuh masa yang mana kadangkala mereka pergi ke kelas dengan mengenakan pakaian sewaktu bekerja bagi yang bekerja pada hari minggu, jadi peraturan ini dilongggarkan kepada pelajar separuh masa.
Kebanyakan pelajar separuh masa akan mengenakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan pelbagai tempat dan keadaaan, seperti pada hujung minggu terdapat banyak jemputan rumah terbuka dan kadang kala membeli belah. Jadi pakaian yang sesuai dipakai ialah pakaian casual dan santai asalkan ianya tidak menyalahi undang-undang dan etika pemakaian UTM
-MUHAMMAD NAZRIN BIN AB NIZAR SX110209CJS04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment