TREND PEMAKAIAN SISWA LELAKI UTM
Pakaian merupakan alat penting dalam kehidupan harian individu. Pakaian memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan keperibadian seseorang individu.Pakaian menyerupai sebuah cermin yang menunjukkan imej seseorang individu dan akan meninggalkan kesan dalam ingatan orang lain.
Personaliti atau imej yang baik dapat membantu seseorang dipandang segak dan menarik. Seseorang yang berpersonaliti dapat menarik perhatian umum dan selalunya berjaya dalam apa saja bidang yang diceburinya. Penampilan diri sebagai seorang profesional sering dikaitkan dengan imej yang ditunjukkannya kepada orang ramai. Cara berpakaian seorang profesional secara langsungnya akan mempengaruhi tahap kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu bidang profesion.
Namun dalam kontek berpakaian bagi siswa UTM, faktor-faktor seperti cuaca, latar belakang keluarga pelajar siswa sama ada kaya, miskin, didikan agama, suasana pembelajaran dan sikap individu itu sendiri juga mempengaruhi cara pemakaian seseorang siswa.
Sebagai contoh latar belakang keluarga siswa beragama adalah lebih bersopan berpakaian berbanding yang kurang didikan agama, bagi anak dimana keluarganya kaya, pakaian yang mahal serta ada berjenama dan sebaliknya bagi yang miskin, bagi suasana tempat belajar seperti mahasiswa bidang Kejuruteraan seperti kursus Mekanikal, Elektrikal, Jurusan Ukur Tanah rata-rata berpakaian ringkas seperti berseluar jeans dan berbaju-T berkolar/tidak berkolar berbanding dengan kursus yang kurang terlibat dengan aktiviti luar kelas seperti kursus Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Komputer pula biasanya mempunyai pola pemakaian agak sopan berseluar ‘slack’ serta berkemeja.
Terdapat sebahagian besar siswa bagi mana-mana bidang kursus di UTM yang mengambil cara pemakaian yang mudah serta ringkas, tidak perlu digosok dengan seterika, tidak perlu dibasuh selalu, sudah diguna digantung ke dinding kerana tujuan sebenar adalah untuk belajar dan bukannya untuk bergaya atau menunjuk-nunjuk.
IsmailbinAziz
SX112823MMF04

No comments:
Post a Comment