FESYEN PELAJAR LELAKI DI SPACE UTM.
Fesyen menurut Collin McDowell di definisikan
sebagai sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman . Ia juga turut mengikuti keadaan sosial,
politik dan kebudayaan sesuatu tempat.
Fesyen dikategorikan dari pelbagai
jenis dan kategori. Antaranya ialah
fesyen dari segi pakaian, dandanan rambut, kasut, beg duit, aksesori seperti
jam, anting-anting, cincin, gelang dan sebagainya.
Golongan artis antara salah satunya medium
kepada cara berfesyen. Bagi pereka fesyen,
golongan artis ini merupakan platform untuk mereka memperkenalkan fesyen
ciptaan mereka. Artis adalah golongan
yang dipandang oleh masyarakat umum dan mempunyai peminat/pengikutnya
tersendiri. Oleh sebab itu, tidak
hairanlah jika trending fesyen banyak mengikuti gaya artis tempatan mahupun
luar negara.
Foto gambar di atas menunjukkan salah satu fesyen pelajar lelaki di UTM
Space. Pelajar ini menggayakan pemakaian
kasual dengan memakai t-Shirt ‘round neck’ lengan pendek bersama-sama dengan baju panas berona hitam
& seluar ‘Slack Jeans’ potongan ‘Slim Fit’ berwarna coklat susu. T-shirt
yang dipadankan bersama baju panas sering digayakan oleh golongan artis
‘Hypster’ atau ‘Hip-Hop’. Lihat
sahajalah klip video penyanyi ‘hip-hop’ seperti ‘Eminem’. Manakala, seluar ‘Slack Jeans’ potongan slim
fit berwarna coklat terang mengikut kepada trendi seperti artis dari
Korea. Jika dilihatkan, artis dari Korea
berani menampilkan seluar yang berwarna-warni seperti merah, biru, hijau,
kuning dan sebagainya. Potongan seluar
‘slim fit’ ini juga telah mulai wujud sekitar zaman 80-an hingga 90-an, di mana
rata-ratanya artis yang membawa musik rock.
Pelajar ini turut memilih aksesori berkaca mata dengan bingkai berwarna
hitam dan bersaiz besar. Penggayaan
cermin mata seperti ini boleh di lihat dari filem-filem Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee dalam cerita-ceritanya. Antara salah satunya cerita ‘Pendekar Bujang
Lapok’, di mana cikgu Ros memakai kaca mata seperti ini. Manakala, pemilihan selipar pula menjadi salah satu
trendi zaman sekarang.
Realitinya, fesyen itu berubah mengikuti zaman dan ia
tidak ada istilah 'fesyen ketinggalan zaman' sebab tanpa kita sedari, fesyen
zaman 60an, zaman datuk & nenek moyang kita muncul kembali. Tinggal
lagi ianya ke arah inovasi dalam dunia fesyen. Berfesyen mengikut
kesesuaian pada diri kita kerana dalam kita berfesyen atau bergaya ia
mencerminkan identiti kita dan siapa kita. (*_^)
disedikan oleh
-aishah khairol-SX120404EES04-

No comments:
Post a Comment