Sunday, 30 August 2015

FESYEN PELAJAR LELAKI DI UTMSPACE


Pakaian, sebut sahaja pakaian, kita akan terbayangkan wanita dengan berbagai jenis fesyen pakaian dan cara pemakaiannya yang tersendiri. Namun, tidak kurang hebatnya bagi lelaki pada masa kini yang menggayakan fesyen pakaiannya dengan cara pemakaian yang lebih berani.

            Bagi pelajar-pelajar lelaki di UTMSpace pula, mereka lebih memilih untuk menggayakan dengan gaya yang ringkas dan biasa namun tetap menjaga imej pemakainya. Dengan hanya menggayakan cara kasual dengan mengenakan seluar panjang (Jeans) dan baju T-shirt (kolar/leher bulat) telah memadai bagi mereka untuk menghadiri kelas. Walaupun tampak ringkas, ianya amat mudah digayakan dan selesa dipakai untuk tempoh masa yang panjang. Malah tetap juga ada yang menggayakan dengan seluar panjang (slack) dan baju kemeja, namun jumlahnya amat sedikit. Mungkin kerana gaya tersebut terlalu formal atau telah menggayakannya pada hari-hari kerja biasa menyebabkan mereka tampil dengan gaya kasual. Tidak kurang juga yang memilih untuk memakai selipar, topi dan berambut panjang dalam menghadiri kelas di UTMSpace. Mungkin dari segi penampilan, ianya nampak biasa namun ia tetap menyalahi Tatacara Pemakaian Pelajar.

            Walaupun telah jelas yang memakai baju T-shirt (leher bulat), selipar, topi dan berambut panjang adalah melanggar Etika Pemakaian Pelajar Lelaki (UTMSpace), mereka seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang tersebut dan boleh diibaratkan “membutakan mata, memekakkan telinga”. Ini adalah salah satu sikap yang sukar dibendung, malah kurang penekanan daripada pihak yang bertanggungjawab. Sikap “ambil mudah” pelajar-pelajar tersebut amat merugikan mereka kerana mereka sukar untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam mendisiplinkan diri mereka.

            Cara pemakaian adalah sangat penting kerana ianya melambangkan keperibadian seseorang. Bak kata pepatah, dari segi berpakaian, kita dapat menilai diri seseorang. Malah etika pemakaian diwujudkan salah satunya adalah untuk mendisiplinkan diri seseorang pelajar. Dalam mendisiplinkan diri, kita tidak seharusnya memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil kerana sekiranya sesuatu perkara yang kecil sukar diikuti, bagaimana pula dengan perkara-perkara yang lebih besar, ia akan menjadi lebih sukar kepada individu tersebut. Jadi, inilah senario pemakaian pelajar lelaki di UTMSpace.

Sekian.


contoh fesyen pelajar lelaki di UTMSpace


Ditulis oleh :-

Mohd Khairil Abdullah

SX112100CVF07

1 comment:

  1. Adalah lebih baik jika utmspace menyedia kan uniform khusus pada pelajar dan mewajibkan untuk di pakai

    ReplyDelete