FASHION REVIEW PELAJAR LELAKI DI UTM SPACE
Umum ketahui, fesyen memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian individu. Tidak kiralah samada
individu tersebut merupakan seorang pekerja, pelajar, berkahwin atau tidak,
lelaki atau perempuan dan sebagainya.
Apakah
itu fesyen? Menurut Collin Dowell, Pengerusi Kumpulan di Britain menyatakan
bahawa “ fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut keadaan zaman.
Fesyen juga mengikut keadaan sosial,
politik dan kebudayaan sesuatu tempat”.
Manakala
menurut Datuk Normah Md Yusof, Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkata, “ Imej seseorang itu dinilai
dari beberapa aspek. Di antaranya ialah gerak-geri, cara bercakap, bahasa dan
gaya yang digunakan, nada suara, kebersihan dan pakaian yang di pakai. Antara
perkara-perkara tersebut pakain merupakan fokus atau tumpuan utama kerana
pakaian memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang
individu. Pakaian seseorang juga merupakan first impression yang
bakal diberikan kepada individu lain yang melihatnya. Pakain yang dipakai
haruslah sederhana dan tidak keterlaluan (over-dressed) atau kurang sopan (under-dressed)”. Berdasarkan kata-kata tersebut, ianya amat bersesuaian dan
berkait rapat dengan tajuk tugasan yang telah di berikan oleh pensyarah kami
iaitu En. Ahmad Sahrifuddin Shamsuddin
tentang fesyen review pelajar lelaki di UTM Space.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya
telah bertemu dengan seorang pelajar di mana beliau sudi dan bersetuju
untuk menjadi model dan di temuramah.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian beliau. Di bawah
sedikit latar belakang tentang diri beliau:
- Nama Penuh : Mohammad Haniff Rozali
- Umur : 27 tahun
- Status : Berkahwin
- Bidang Pengajian : Pengurusan Teknologi
- Pekerjaan : Juruteknik, Telekom
Dari
pemerhatian saya terhadap cara model ini berfesyen, jelas menunjukkan bahawa
beliau lebih gemar mengenakan kemeja di padankan pula dengan seluar jeans dan
berkasut. Walaupan kadang-kadang beliau hanya mengenakan t-shirt, seluar jeans
dan berkasut namun beliau masih kelihatan kemas dan segak. Model ini juga
pandai bermain dengan warna-warna terang mengikut hari dan mood, di tambah pula
dengan aksesori yang ringkas seperti jam tangan yang mana pada saya ianya
simple dan sesuai. Apa yang dapat saya nilai dari penampilan serta gaya
yang di pamerkan seperti cara percakapan, beliau merupakan seorang yang cool,
tenang, sopan dan mempunyai attitude yang baik seiring dengan first
impression saya terhadap beliau sebelum di temuramah.
Sewaktu
di temuramah, model ini berkata antara faktor-faktor penting yang mempengaruhi
cara beliau berpakaian adalah seperti keselesaan, kesesuaian, kepuasan, design,
jenama dan warna. Selain itu, beliau juga mengambil kira faktor kewangan di
mana apa sahaja yang beliau pakai semuanya bergantung kepada budget. Tambah
beliau, “ ukur baju di badan sendiri…”.
Yang
paling penting, pada beliau adalah kesesuain cara berpakaian itu mestilah kena
dan padan dengan imej beliau sebagai seorang pelajar di UTM Space, seorang yang
bergelar suami, seorang yang bergelar bapa dan sebagai seorang pekerja yang bekerja sebagai
Engineer di Telekom.
Setelah di temubual, saya menyokong
dan bersetuju dengan faktor- faktor yang
perlu di ambil kira sebelum berfesyen . Dan pada saya, paling penting beliau
menjaga aurat sebagai seorang lelaki yang mana beliau tidak mengenakan pakaian
yang terlalu ketat sehingga boleh mendatangkan keghairahan dan rasa pelik
individu lain yang melihatnya. Perlu di ingat, menurut Islam lelaki juga
mempunyai aurat yang mesti di jaga iaitu dari pusat hingga ke lutut.
Nabi
Muhammas saw bersabda bermaksud: “ Peha itu adalah aurat.” ( Hadis riwayat Imam
Bukhari).
Selain
menemubual model tersebut, saya juga telah membuat pemerhatian yang mana secara
keseluruhannya, rata- rata menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar lelaki di UTM
Space ini lebih gemar mengenakan pakaian yang ringkas, berkasut dan berseluar
jeans. Cara mereka berpakaian juga masih mengikut etika pemakaian yang di
tetapkan oleh pihak Universiti. Walaupun secara kasarnya, ada di kalangan
mereka yang hanya mengenakan t-shirt sahaja ( tidak berkolar) namun mereka
masih kelihatan kemas dan sopan. Sungguh pun begitu, tidak di nafikan ada juga
di kalangan mereka yang berpakaian tidak mengikut etika berpakaian yang telah di
tetapkan seperti berselipar jepun dan sebagainya. Perlu di ingat, keperibadian
seseorang boleh di lihat melalui tatacara pemakaian atau imej yang di tampilkan.
Contoh
berfesyen yang paling dekat boleh diambil oleh pelajar lelaki adalah cara
berpakaian pensyarah kita sendiri. Yang mana beliau sentiasa mengenakan pakaian
yang kelihatan kemas seperti berkemeja, berseluar jeans dan berkasut serta
mengenakan aksesori yang ringkas seperti jam tangan dan gelang. Walau pun
beliau sering mengenakan kasut yang berwarna- warni serta terang seperti kuning dan merah
(hehehe) namun ianya masih kelihatan tidak janggal dan smart.
Kesimpulannya, pakai lah apa sahaja yang ingin di pakai selagi mana ianya tidak
melanggar etika pemakaian yang telah di tetapkan oleh pihak Universiti secara
terlampau. Apa yang penting, berfesyenlah secara sederhana, ringkas tetapi
nampak hebat. Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian
yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan
menutup aurat adalah imej seorang
Muslim. Jadi, tepuk dada tanyalah selera. Semuanya terletak di tangan anda.
“
Behaviour is the mirror in which everyone shows their image…”
Jonathan
Wolfgang
No comments:
Post a Comment