Saturday, 22 August 2015

Fesyen pemakaian pelajar lelaki utmspace

Pakaian dan penampilan seseorang sering diukur dari cara melihat bagaimana seseorang itu menggayakannya. Jika kita melihat trend berpakaian terkini, dari segi penampilan cara berpakaian pelajar lelaki sentiasa berubah dan sentiasa inginkan pembaharuan. Ini terbukti apabila pelajar lelaki yang menghadiri kuliah, jika dilihat di dalam kelas hampir 60 peratus pelajar telah menggenakan baju dengan kemas dan segak serta memakai kasut. Ini menunjukkan pelajar telah berubah dan mengikuti arus fesyen terkini. Mereka inginkan penampilan yang kemas dan segak supaya merasa selesa dan bebas semasa berada di dalam kelas. Namun masih ada segelintir yang berdegil dan masih berada ditahap yang sama iaitu tidak mahu mengikuti arus perubahan fesyen.
Cara pemakaian pelajar lelaki juga bergantung kepada kemampuan kewangan mereka kerana kos untuk berfesyen kini telah meningkat. Kadang-kadang ada juga pelajar yang berkemampuan untuk membeli pakaian yang mahal dan berjenama. Dan ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk membeli pakaian mahal dan berjenama. Mungkin dengan cara ini mereka boleh menarik perhatian ramai dan menjadi dominan dalam kumpulan.
Kesimpulannya tidak dinafikan cara berpakaian yang segak dan kemas akan mencerminkan keperibadian yang baik dan dipandang hebat. Didalam islam sendiri menyuruh umatnya berpakaian kemas dan menjaga keperibadian diri. Cuma untuk berfesyen seharusnya kita mengukur baju dibadan sendiri dan jangan hanya mengikut kehendak nafsu semata-mata. Pakailah pakaian yang bersesuian dengan diri kita agar kita tidak lupa siapa kita yang sebenarnya.

Ahmad noorazam faizal bin muhammad
sx112789mmf04

No comments:

Post a Comment