Pakaian merupakan asas penting di dalam
kehidupan seseorang individu. Dalam Hierarki Maslow, keperluan asas
manusia termasuklah makanan, pakaian dan tempat perlindungan yang merupakan
salah satu elemen yang penting iaitu keperluan fisiologi manusia. Menurut Gohl
and Vilensky (1988), pakaian boleh dianggap sebagai ‘kulit luar yang istimewa’.
Pakaian merupakan alat penting dalam kehidupan harian individu. Pakaian
memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan keperibadian seseorang
individu. (Ahmad Fawzi dan Mokhtar, 2001) Pakaian menyerupai sebuah cermin yang
menunjukkan imej seseorang individu dan akan meninggalkan kesan dalam ingatan
orang lain.
Personaliti atau imej yang baik dapat membantu seseorang dipandang segak dan
menarik. Seseorang yang berpersonaliti dapat menarik perhatian umum dan selalunya
berjaya dalam apa saja bidang yang diceburinya (Fatimah, 1992). Penampilan diri
sebagai seorang profesional sering dikaitkan dengan imej yang ditunjukkannya
kepada orang ramai. Cara berpakaian seorang profesional secara langsungnya akan
mempengaruhi tahap kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu bidang profesion.
Gambar di bawah adalah salah satu contoh pemakian pelajar lelaki di UTM
Space.
Disediakan Oleh : Ili Farhana Binti Mohamed Noor (SX111933CJF04)
No comments:
Post a Comment