Sunday, 30 August 2015

REVIEW FESYEN PELAJAR UTMSPACE - FESYEN VINTAGE

Pernah atau tidak anda terfikir untuk menggayakan semula fesyen yang pernah digayakan oleh ayah, mak atau datuk dan nenek kita duhulu? Mungkin bunyi agak mustahil bukan? , tapi itulah yang berlaku pada ketika ini. Jikalau dulu, belek belek album lama, ternampak gambar emak dengan pakai seluar besar polos, tas tangan tali panjang, mula lah gelak sambil cakap, "eee klaka lah zaman zaman dulu punye fesyen". Tetapi, sekarang? Demam vintage dah mula menyerang. Kita pun sibuk pakai apa yang dah mereka pakai dulu.

Apa itu vintage? Dalam dunia fesyen perkataan vintage sebenarnya bermula dari penjual barangan terpakai. Mereka menggunakan perkataan vintage untuk memberi gambaran pada pembeli usia sebenar barangan yang dijual. Maybe ramai yang tidak tahu perkataan vintage sebenarnya hanya boleh digunakan pada fesyen-fesyen yang bermula dari tahun 1920-1960 sahaja.

Di awal kemunculan tahun 1920 kebanyakan fesyen pada ketika itu tidak menggunakan pereka fesyen untuk mencetuskan fesyen pilihan. Mereka pada zaman tu lebih selesa mencipta pakaian mengikut daya kreativiti masing-masing dan amat mementingkan kelainan setiap pakaian yang dipakai. Pada tahun 1960, dunia fesyen semakin sampai pada kemuncaknya apabila fesyen bukan sahaja menjadi kegilaan malah kewujudan pelbagai jenis fesyen yang berbeza membawa fesyen pada ketika itu antara industri paling penting.

Fesyen vintage kini adalah peluang buat kita untuk menghidupkan balik fesyen terdahulu. Fesyen kini bukan sahaja datang dengan kelebihan pakaiannya malahan aksesori fesyen vintage juga mulai mengambil tempat di hati semua remaja. Vintage kini juga lebih banyak menggunakan colour blocking.
                                                                  STEADY BRADER!! :)

Pendek kata, apa sahaja cara pemakaian kita ke kampus adalah terpulang kepada citarasa diri sendiri dan perlu berani membawa personaliti diri di khalayak ramai. Yang penting, mematuhi etika-etika mengikut kesesuaian tempat. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. 

Justeru, Lets it be!. Bak kata Fynn Jamal, "tak suke pown xpeeeeeeee... (sambil jari kanan tunjuk 'peace' kat sebelah mate kanan, mate kiri kenyit comel)" :))                                                               
                                                             
                                STEADY LAHH KAK LONG!!! :)


                                                                  LET GO VINTAGE!!!

Muhammad Zulhusni bin Hj Mehat
SX122721HADF01
881003-04-5195
0197702711

No comments:

Post a Comment