Tuesday, 11 August 2015


PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI KE KELAS DI UTM SPACE

 

Dewasa ini, etika pemakaian sangat diberi penekanan kerana sering kali diperkatakan. Hali ini kerana cara berpakaian melambangkan keperibadian seseorang serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada setiap orang yang berurusan dengan mana-mana agensi khususnya agensi kerajaan. Maka dengan ini, universiti merupakan salah satu agensi yang dapat membantu setiap pelajarnya mementingkan etika pemakaian.

            Universiti Teknologi Malaysia space (UTM space) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang menekankan pelajarnya untuk sentiasa menjaga etika pemakaian khususnya ketika ke kelas walaupun pelajar-pelajarnya merupakan pelajar separuh masa yang hanya ke kelas pada hujung minggu. Etika pemakaian meliputi pelajar lelaki dan juga perempuan. Oleh yang demikian, keperluan mewujudkan budaya profesional termasuklah imej penampilan diri warga UTM space amat penting untuk mencerminkan kredibiliti sesebuah universiti. Penampilan secara profesional ketika ke kelas tidak dinafikan akan memberikan persepsi positif masyarakat luar terhadap pelajar UTM space. Sehubungan dengan itu, garis panduan pemakaian ini direalisasikan untuk memastikan ketrampilan dan tatacara pemakaian pelajar lelaki UTM space dapat mempamerkan tanggapan dan imej yang positif kepada setiap segi masyarakat di dunia.

                                                Ditulis oleh : Nu’man Basyir Maluin

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment