Saturday, 29 August 2015

Fashion Review- Pemakaian Pelajar Lelaki UTM SPACE

Assalamualaikum wbt & Salam Fesyen Untuk Semua..

         Di zaman serba canggih ini, sepertimana wanita, lelaki juga tidak ingin ketinggalan dalam dunia fesyen yang semakin hari semakin moden. Namun jika dilihat kembali arus perkembangan fesyen lelaki di negara ini, ianya seolah seperti roda yang berputar. Ini boleh dibuktikan apabila fesyen pada zaman era 70-an dan 80-an yang sering digayakan dengan 'nafas baru'.
     Lelaki masa kini sangat mementingkan penampilan dan bukan seperti dahulu lagi. Zaman mungkin sudah berubah begitu juga dengan pandangan strereotype yang kononnya lelaki masih lagi ketinggalan dalam bidang fesyen jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki urban semakin mempunyai citarasa yang cukup baik dalam bidang fesyen selari dengan peredaran fesyen terkini.      
    Seiring perkembangan fesyen juga, pelajar lelaki UTM Space Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Pada pendapat saya, tidaklah menjadi satu kesalahan atau melanggar peraturan sekiranya berpakaian tidak terlalu ketat ,asalkan bersih, nampak sopan dan sedap mata memandang.Fesyen yang keterlaluan akan menjadikan seseorang itu kelihatan pelik dan mungkin akan mengundang tanggapan buruk pada yang melihat.
  Kita boleh mengenali watak seseorang serba sedikit melalui fesyen yang digayakannya. Pakaian seseorang memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang. Daripada pemerhatian, rata-rata pelajar lelaki UTM Space lebih gemar untuk mengenakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk bergerak seperti jeans & t-shirt berkolar. Namun terdapat juga sesetengah mereka yang berani untuk mengenakan baju dengan warna-warna ceria yang menaikkan suasana, biarpun hanya berkemeja. Mereka yang gemar berfesyen dengan warna-warna ceria ini boleh digambarkan sebagai seorang yang kreatif, unik dan sukakan kelainan dalam menggayakan pakaian. 
     Kesimpulannya, fesyen yang sering digayakan oleh pelajar lelaki UTM Space adalah masih terkawal dan tidak menjolok mata, seperti yang boleh dilihat di institusi pengajian tinggi lain seperti di kolej-kolej swasta. Fenomena ini mungkin adalah disebabkan kebayakan pelajar di UTM Space adalah dari golongan yang berkerjaya dan imej berpakaian kemas yang sering dibawa ke tempat kerja itu masih tetap dibawa apabila ke kelas.    
  
    

Disediakan Oleh:
Zurida Desa
SX110049BQS04


No comments:

Post a Comment