Monday, 31 August 2015

FASHION REVIEW PELAJAR LELAKI UTM SPACE KL



Zairey Lee (SX110611EES04)

Umum kita ketahui gaya pemakaian bagi mahasiswa bagi menghadiri kelas atau kuliah dalam Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia keseluruhannya menitikberatkan gaya pemakaian yang sopan.Etika dan tatacara pemakaian yang sopan adalah penting dan memberi kesan terhadap disiplin mahasiswa untuk berada di dalam penglihatan masyarakat serta perlambangan kepada budaya dan agama. 

Di UTMSPACE kuala lumpur cara pemakaian pelajar lelaki yang lebih popular adalah dengan hanya memakai baju t-Shirt tidak berkolar , berseluar jeans dan berselipar sahaja.Cara pemakaian sebegini begitu ramai diamalkan kerana mungkin memberi keselesaan terhadap pelajar untuk menghabiskan masa kelas yang panjang dalam kuliah.Senario pemakaian sebegini sebenarnya tidak elok bagi individu yang bergelar pelajar pada dasarnya.

                                                              Bangunan UTMspaceKL

                                                     Penampilan pelajar UTMspaceKL

Selain itu , cara pemakaian mengikut latarbelakang kerja seseorang pelajar juga seringkali dapat dilihat.Seperti yang kita sedia maklum , UTMSPACE kuala lumpur menawarkan pengajian diperingkat Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang terhadap golongan yang bekerja. Oleh yang demikian , ada juga pelajar yang menghadiri kelas pada masa kerja iaitu sebelum , selepas dan ada juga yang hadir ke kelas dalam masa bekerja.

Secara kesimpulannya , cara pemakaian pelajar UTMSPACEKL haruslah mengikut peraturan-peraturan pemakaian sebagai seorang pelajar yang telah digariskan oleh pihak UTMSPACE.

No comments:

Post a Comment