Pakaian, sebut sahaja pakaian, kita akan
terbayangkan wanita dengan berbagai jenis fesyen pakaian dan cara pemakaiannya
yang tersendiri. Namun, tidak kurang hebatnya bagi lelaki pada masa kini yang
menggayakan fesyen pakaiannya dengan cara pemakaian yang lebih berani.
Bagi pelajar-pelajar lelaki di
UTMSpace pula, mereka lebih memilih untuk menggayakan dengan gaya yang ringkas
dan biasa namun tetap menjaga imej pemakainya. Dengan hanya menggayakan cara
kasual dengan mengenakan seluar panjang (Jeans) dan baju T-shirt (kolar/leher
bulat) telah memadai bagi mereka untuk menghadiri kelas. Walaupun tampak
ringkas, ianya amat mudah digayakan dan selesa dipakai untuk tempoh masa yang
panjang. Malah tetap juga ada yang menggayakan dengan seluar panjang (slack)
dan baju kemeja, namun jumlahnya amat sedikit. Mungkin kerana gaya tersebut
terlalu formal atau telah menggayakannya pada hari-hari kerja biasa menyebabkan
mereka tampil dengan gaya kasual. Tidak kurang juga yang memilih untuk memakai
selipar, topi dan berambut panjang dalam menghadiri kelas di UTMSpace. Mungkin dari
segi penampilan, ianya nampak biasa namun ia tetap menyalahi Tatacara Pemakaian
Pelajar.
Walaupun telah jelas yang memakai
baju T-shirt (leher bulat), selipar, topi dan berambut panjang adalah melanggar
Etika Pemakaian Pelajar Lelaki (UTMSpace), mereka seolah-olah tidak
mempedulikan undang-undang tersebut dan boleh diibaratkan “membutakan mata,
memekakkan telinga”. Ini adalah salah satu sikap yang sukar dibendung, malah
kurang penekanan daripada pihak yang bertanggungjawab. Sikap “ambil mudah”
pelajar-pelajar tersebut amat merugikan mereka kerana mereka sukar untuk
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam mendisiplinkan diri mereka.
Cara pemakaian adalah sangat penting
kerana ianya melambangkan keperibadian seseorang. Bak kata pepatah, dari segi
berpakaian, kita dapat menilai diri seseorang. Malah etika pemakaian diwujudkan
salah satunya adalah untuk mendisiplinkan diri seseorang pelajar. Dalam mendisiplinkan
diri, kita tidak seharusnya memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil
kerana sekiranya sesuatu perkara yang kecil sukar diikuti, bagaimana pula
dengan perkara-perkara yang lebih besar, ia akan menjadi lebih sukar kepada individu tersebut. Jadi, inilah senario pemakaian pelajar lelaki di UTMSpace.
Sekian.
Sekian.

Adalah lebih baik jika utmspace menyedia kan uniform khusus pada pelajar dan mewajibkan untuk di pakai
ReplyDelete